Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label PC. Papar semua catatan

Siapa Cakap Floppy Drive dah Ketinggalan Zaman?

MAJALAH BPCP [Video]

Siapa cakap Floppy drive dah ketinggalan zaman? Tengok video ni.

Dahsyat-dahsyat. Boleh buat lagu Star Wars lagi. Menjadi lak tu. Tapi kan cuba try tanyer adik-adik kita yang sekolah rendah tu. Diaorang tau tak apa benda ni?

Game FIFA 12

MAJALAH BPCP [Video]

Akan dilancarkan di Eropah pada 30 September ini legasi game FIFA diteruskan melalui FIFA 12. Tauke memang lebih menggemari game FIFA berbanding PES mungkin kerana kualiti grafiknya yang realistik. Namun serealistik mana pun 3D yang dihasilkan, model-model dalam permainan video masih nampak kaku. Keras je macam robot. Untuk menjadikan sesuatu game itu nampak realistik memang sukar sebenarnya. Lagipun pembangun perisian game ini perlu mengambil kira supaya grafiknya tidak terlalu berat terutamanya untuk konsul PC.

Kalau berat sangat, beli pun tak boleh main.  Demo game FIFA ini boleh dimuat turun di link ini disini. Hanya konsol XBox 3 dan PC sahaja. Saiz demo ini ialah 1.5Gb

Untuk menonton gameplay FIFA 12 ini boleh tengok video di bawah:
Tag : , ,

5 Kad Grafik Paling Hangat Hari Ini

MAJALAH BPCP

Walaupun harganya tidak boleh dikategorikan sebagai bajet, tetapi sekadar info untuk semua, dalam entri kali ini tauke menyenaraikan 5 Kad Grafik paling top di pasaran hari ini berserta sedikit ulasan yang menunjukkan mengapa kad grafik ini dalam kategori "Top 5".

AMD Radeon HD 6950 


Pertingkatan prestasi aplikasi dan pengalaman anda dengan kualiti video terbaik dengan AMD Radeon HD 6950. Ia didatangkan dengan memori DDR5 2 GB yang berkelajuan 160gbps. Kualiti video yang terbaik adalah disebabkan teknologi 40nm dan architecture VLIW4. Ia mempunyai 250MHz Memory Clock dan 800MHz Engine Clock yang melayakkannya  sebagai salah satu grafik kad yang terbaik. Sekiranya monitor anda mempunyai resolusi HD kad grafik ini menyokong sehingga 1080p. Casing fan dia nampak menarik.
Harga: RM 800++

Nvidia GeForce GTS 450


Nvidia GeForce GTS 450 didatangkan dengan saiz yang kecil tetapi padat dengan fungsi-fungsi yang menarik menjadikannya sebagai salah satu kad grafik yang menarik dan ideal. Ia terdiri daripada teknologi 3D Vision yang pasti menawan penggunanya dalam games, foto dan video. Dimensi kad ini yang berukuran 4.376 inchi x 8.25 inchi dan mempunyai 783MHz Graphics Clock dan 1566 MHz Processor Clock yang meningkatkan keupayaan memproses geometri DirectX 11. Menjadikan grafik yang dihasilkan sungguh realistik.
Harga: RM350++ 

AMD Radeon HD 5770  


AMD Redeon HD 5770 boleh dikategorikan sebagai grafik kad yang mesti dimiliki oleh semua Gamer dan pengkritik grafik, Ia membekalkan prestasi terbaik pada harga yang rendah melalui teknologi EyeFinity yang menyokong fungsi multi-screen dengan baik. Ia juga mempunyai kawalan video gaming tersendiri yang boleh diubahsuai mengikut kehendak anda melayakkanya untuk disenaraikan dalam kategori antara kad grafik terbaik buat masa ini.
Harga:  (Sukar didapati di pasaran Malaysia)


 Nvidia GeForce GTX 460 


Teknologi yang didatangkan pada kad grafik ini menyediakan pandangan yang jelas semasa bermain game. Nvidia GeForce GTX 460 mempunyai tujuh multiprocessors dan 675 MHz Graphics Clock serta 1350 MHz Processor Clock. Dengan saiz  4.376 inchi x 8.25inchi ia mempuyai dual slot mengah dengan reputasinya yang tersendiri dalam dunia gaming melalui prestasinya yang terbaik.
Harga: RM450++

Nvidia GeForce GTX 580

Nvidia GeForce GTX 580, kad grafik single GPU yang terpantas, menyediakan memori yang tinggi dan element grafik yang pantas. Menekankan kejelasan grafik dengan kepantasan adalah elemen utamanya. Ia didatangkan dengan 772 MHz graphics clock dan 1544 MHz processor clock dan bersaiz 4.376 inchi x 10.5 inchi. Tetapi awas harganya juga agak mengancam.
Harga: RM1800++
Tag : , ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -