Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Majalah BPCP. Papar semua catatan

Bagaimana Virus Mengubah Dunia?

MAJALAH BPCP[Video]

Virus yang dimaksudkan bukanlah virus komputer tu. Tetapi virus merbahaya yang boleh menjadi epidermik merbahaya seperti H1N1 tu. Video ni sangat menarik dengan pelbagai info yang sangat padat tetapi lengkap berkenaan virus dari sejarah bermulanya virus hinggalah bagaimana mengatasinya. Info yang berguna untuk semua.
Tag : , ,

Osaka City Station - Paparan Skrin Dengan Menggunakan Air

MAJALAH BPCP [Video]

Hebat sungguh jepun ni. Dengan membuat timing yang sesuai untuk menjatuhkan pancuran air, pelbagai efek menarik boleh dihasilkan. Nak panggil benda ni apa yer? Kalau air pancut mesti pancut dari bawah ke atas kan? Tengoklah sendiri.

Tauke: Nampak gayanya ramailah yang terlepas keretapi sebab leka tengok efek yang dihasilkan.
Tag : ,

Laman Utama Linux Kena Hack

MAJALAH BPCP

 
Laman utama Linux iaitu Linux.com dan join venturenya iaitu Linux Faundation telah ditutup untuk sementara waktu kerana telah diceroboh. Korang boleh tengok sendiri release note yang dikeluarkan oleh laman web tersebut dengan melayari laman Linux.com dan Linux Faundation

Tauke tak terkejut sangat dengan info ini kerana walaupun kita tahu OS daripada adalah 100% bebas virus namun dari segi keselamatan ia mempunyai banyak kelonggaran. Maklumlah Linux berpegang kepada konsep sumber terbuka, jadi semua benda kenalah terbuka kan? Kumpulan Hackers antarabangsa yang mengejutkan dunia baru-baru ini iaitu Gaysec juga dikatakan menggunakan OS daripada Linux iaitu Ubuntu untuk melakukan aktiviti pencerobohan tanpa sempadan mereka.

Vlogging Semperna Hari Kemerdekaan - matluthfi's 90

MAJALAH BPCP [Video]

Selain kita meraikan Hari Raya Aidilfitri, tidak dilupakan kedatangan 31 Ogos. Hari Kemerdekaan Negara kita. Jadi dalam post kali ini tauke share video dari vlogger iaitu mathluthfi's 90. Video yang mengingatkan kita agar hidup bersatu padu tidak mengira kaum, bangsa dan agama. Layan....



Selamat Menyambut Hari Kemerdekan ke 54 dari Budget PCpart
Tag : ,

Lagu wajib Bila Raya - Suasana Hari Raya

MAJALAH BPCP [Video]

Kalau hari raya mesti lagu ni antara yang wajib dimainkan di corong-corong radio kan? Lagu ni adalah salah satu lagu favourite tauke. Bila dengar lagu ni, mesti dah terbayang suasana hari raya tu walaupun lambat lagi raya.


Mula-mula dengar lagu ni tak sangka Anuar Zain salah sorang penyanyi lagu ni. Suara macam perempuan.
Tag : ,

Steve Jobs Letak Jawatan CEO Apple

MAJALAH BPCP


Steve Jobs yang merupakan pengasas Apple telah melepaskan jawatannya selaku CEO hari ini. Berikut adalah kandungan email darinya yang dihantar kepada stafnya:

I have always said if there ever came a day when I could no longer meet my duties and expectations as Apple's CEO, I would be the first to let you know. Unfortunately, that day has come.

I hereby resign as CEO of Apple. I would like to serve, if the Board sees fit, as Chairman of the Board, director and Apple employee.

As far as my successor goes, I strongly recommend that we execute our succession plan and name Tim Cook as CEO of Apple.

I believe Apple's brightest and most innovative days are ahead of it. And I look forward to watching and contributing to its success in a new role.

I have made some of the best friends of my life at Apple, and I thank you all for the many years of being able to work alongside you.

Steve
Terdapat khabar angin yang menyatakan Steve Jobs berbuat demikian kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Bagaimanapun Steve Jobs sentiasa bersedia untuk mencurahkan segala idea kreatifnya dengan jawatan barunya selaku Pengerusi Lembaga Pengarah. Tim Cook telah disahkan sebagai pengantinya. Boleh baca berita pengesahan itu disini.

Sumber: Geeksaresexy
Tag : ,

Firefox 6 - Kenapa Bukan Firefox 5.1 Jer? @ IDM tak Intergrate

MAJALAH BPCP 


Mozilla telah mengeluarkan versi terbaru Firefox iaitu Firefox 6. Firefox merupakan "web browser" pilihan utama tauke. Namun, fenomena yang sama lagi berlaku kali ini. Selain daripada pertukaran versi baru ini yang terlalu cepat, versi 6 ini dilihat tidak banyak bezanya berbanding versi Firefox 5, mahupun Firefox 4. Memang terdapat pelbagai penambahbaikan dan pertambahan fungsi yang dilakukan pada versi terbaru ini, namun tiada perubahan dilakukan pada antaramuka @ "interface". Nak tahu apa yang baru baca (disini).

Memanglah tak jadi masalah bagi sesetengah orang tetapi pada tauke pembaharuan yang mendadak ini selalu beri masalah pada tauke seperti add-ons tidak disokong oleh versi yang terbaru ini. Sekarang ini IDMCC yang merupakan add ons untuk intergrate Internet Download Manager tak berfungsi lepas update pada versi terbaru ini. Jadi tak ada link download automatik keluar dah untuk memudahkan tauke download video kat YouTube. Leceh-leceh..

Mengikut lumrah alam dunia pembangunan perisian, selalunya apabila sesebuah perisian versi terbaru dihasilkan antaramukanya mesti bertukar. Jika setakat penambahbaikan sahaja, versi terbaru yang dihasilkan biasanya akan menyokong lagi add-ons sedia ada dan angka yang baru dikemaskini tersebut ditambah angka satu titik perpuluhan di belakangnya. Contoh versi sebelum ini ialah Firefox 5.0, selepas penambahbaikan atau perubahan kecil dilakukan versi terbaru ialah Firefox 5.1.

Jika dilihat versi-versi Firefox sebelum ini perbezaan boleh dilihat dengan jelas jika dibandingkan antara versi 3 dan versi 4. Segalanya berubah dari segi penambahbaikan, pertambahan dan perubahan fungsi mahupun antaramukanya. Tapi sejak  versi 4 hingga 6 tauke nampak versi 4,5 dan 6 lebih kurang jer. 
>
Di bawah adalah screenshot Firefox dari versi pertama lagi.

Firefox 1

Firefox 2

Firefox 3

Firefox 4

Firefox 5

Firefox 6


Camner pun ini tidak menggugat kedudukan Firefox sebagai web browser pilihan utama tauke...Tauke harap lepas ini versi 7 biarlah support semua add-ons versi lama dan lebih pantas..
Tag : ,

Origami Yang Best - M. Alexander, Papertoys Projects

MAJALAH BPCP

Kepada yang suka buat origami ataupun menyimpan mainan cute, tauke nak sarankan laman web Marshall Alexander-Papertoys Projects. Korang boleh buat sendiri origami korang dengan cara yang sungguh mudah. Download file pdf origami yang kurang suka, kemudian print file tersebut (kalau print warna lagi cun). Ikut arahan untuk memotong dan melipat origami tersebut. Siap!.

Origami-origami yang direka memang cun dan sungguh kreatif. Sotong di bawah adalah antara origami yang tauke suka.

Korang boleh tengok sendiri di link di bawah:
http://www.marshallalexander.net/index.php

Tag : ,

Google+ vs Facebook - Facebook Block Link Google+ Invite

MAJALAH BPCP

Walaupun Google+ ini kurang mendapat sambutan di negara kita, tetapi popularitinya dikatakan meningkat di negara lain. Disebabkan itu Facebook dikatakan tergugat dengan Google+ apabila tidak membenarkan penggunanya untuk menghantar Link Google+ invite.

Namun, kenyataan Facebook sengaja menghalang link Google+ invite ini disangkal oleh pengasasnya Mark Zuckenberg. Ini mungkin berlaku disebabkan sistem pencegahan Spam oleh server Facebook disebabkan setting keselamatan akaun pengguna. Terdapat pengguna lain yang boleh menghantar link Google+ invite ini tanpa halangan. 



Bagaimanapun, menurut pengguna Facebook dalam video di bawah mendakwa post beliau yang menghantar link Google+ invite telah disekat oleh Facebook.

Tag : ,

Tempoh Yang Diambil Untuk Facebook, Tweeter dan Google+ Mencapai 10 Juta Pengguna

MAJALAH BPCP

Google+ yang baru dilancar memang mencapai populariti dalam masa yang singkat. Namun realitinya, orang tetap beralih pada facebook balik. Tapi jiga dilihat secara statistik, Google+ berjaya mencapai 10 juta pengguna dalam tempoh yang paling singkat berbanding Facebook dan Twitter. Lihat graf di bawah: (sumber: eu.techcrunch.com )
Melihat keadaan sekarang, tauke tengok orang dah tak berapa guna pun Google+ ni. Tauke sendiri punyer stream mahupun circle tak ada update pun. Google perlu segera menyiapkan versi akhir Google+ mereka dan pastikan ianya mampu menandingi Facebook. Jika tidak, ber"FB" lah kita..
Tag : ,

Robot Burung Camar - Terbang Sebijik Macam Burung

MAJALAH BPCP

Wargh.. realistik sungguh robot burung ni terbang. Robot yang digelar "Festo Robotic Seagull" ini dilihat sangat menyerupai burung camar yang sebenardengan pergerakan yang sungguh realistik semasa ia terbang. Bukan itu sahaja, berat robot burung ini hanya 440 gram!


Tauke yakin, teknologi ini akan digunakan oleh pihak tentera untuk pengintipan. Tengok video di bawah untuk mendengar penerangan dan demonstrasi dari antara pereka robot burung ini. Suara orang yang present ni pulak sama macam Arnold Susah Nak Eja. hehe...

Tag : ,

WD Scorpio Biru - Hardisk Untuk Notebook Dah Capai 1 Terabytes

MAJALAH BPCP


Walaupun harga cakera keras ini tidak boleh dikategorikan sebagai perkakas bajet tapi tauke buat juga review juga untuk pengetahuan semua. Western Digital atau pun Tauke suka panggil WD telah memperkenalkan cakera keras 2.5 inchinya yang mempunyai kapasiti 1 Terabytes. Ini membolehkan anda menyimpan data lebih banyak di dalam notebook anda. Sebelum ini hanya cakera keras bersaiz 3.5 inchi yang khusus untuk komputer desktop mempunyai kapsiti sebesar ini.  

Model ini didatangkan dengan saiz bermula dengan 80Gb sehingga 1Tb dan mempunyai port SATA 3, SATA2 dan PATA. Antara ciri menarik yang terdapat pada model ini antaranya ialah menggunakan kuasa yang rendah yang sesuai untuk menjimatkan kuasa bateri notebook anda. Cakera keras ini juga dikatakan adalah antara yang mengeluarkan bunyi yang sangat rendah di pasaran hari ini. Ini adalah kerana WD menggunakan teknologiWhisperDrive pada pemacu keras ini.

Sebesar manakah 1Tb itu. Lihat jadual di bawah:



Jadi, 1 TB mampu menyimpan sehingga 200,000 keping gambar, memuatkan video sehingga 76jam dan menyimpan sehingga 250, 000 lagu. Banyak tu..

Harga tidak rasmi cakera keras yang bersaiz 1TB dianggarkan RM419.







Pada pandangan tauke, menyimpan data di dalam cakera keras yang bersaiz besar mempunyai risikonya. Sekiranya pada suatu ketika cakera keras tersebut rosak dan data di dalamnya tidak boleh dibuka lagi pasti kita akan merasa kemurungan yang amat sangat. Lebih-lebih lagi file penting. Ini pernah terjadi pada tauke sendiri apabila koleksi download tauke di dalam hard disk bersaiz 250Gb hilang begitu sahaja.Namun, sekiranya kita mengambil langkah berjaga-jaga seperti sering melakukan "backup" dengan menyalin file ke cakera yang lain seperti external drive atau burn dalam DVD masalah sebegini boleh di atasi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan cakera keras WD Scorpio Blue ini boleh ke sini: WD Scorpio Blue
Tag : ,

Gaysec - Temubual Ekslusif Dengan Hackers Malaysia

MAJALAH BPCP

Salah sebuah laman blog komputer Amang telah mendapat peluang untuk menemuramah "GaySec". Kumpulan hacker rakyat Malaysia yang telah menggemparkan tanah air kita dengan menggodam pelbagai laman web di negara kita. Anataranya Streamyx, Nuffnang, Advertlets dan pelbagai laman tempatan yang lain. Temu bual penuh boleh dibaca disini: Temubual Eksklusif Bersama Pihak GaySec
Antara yang menarik dan mengejutkan dalam temubual tersebut ialah pengakuan mereka yang masih berumur belasan tahun dan tidak mempunyai latar belakang IT. Semuanya dilakukan kerana minat.

Adakah semua ahli GaySec daripada latar belakang IT dan bekerja? Ataupun masih pelajar lagi?

"Kami masih lagi belajar, dan kami masih lagi tidak bekerja, lagipun kami masih lagi belasan tahun. Kerana itulah kami mempunyai banyak masa lapang untuk melakukan ini semua. Selama ini kami tidak ada kena mengena dengan latar belakang dunia IT pun, kami hanyalah manusia biasa yang belajar semua ini kerana minat dan ingin tahu bagaimanakah sesuatu sistem itu berfungsi. Daripada situ kami dapat manipulasikan semua ini untuk digunakan dalam konsep ujian tahap keselamatan sesuatu laman sesawang ataupun sistem itu."
Antara petikan lain dari interview berkenaan ialah motif dan objektif mereka melakukan aktiviti menggodam ini iaitu semata-mata untuk meningkatkan tahap keselamatan di sesuatu sistem atau laman sesawang.
"Motif dan objektif kami wujud didalam dunia siber ini hanyalah semata-mata untuk meningkatkan tahap keselamatan di sesuatu sistem atau laman sesawang itu."
Kalau macam tu boleh la kot try mintak kerja kat Cybersecurity Malaysia. Confirm dapat. Letak je pengalaman menggodam mereka kat dalam resume. Tapi tauke rasa tak semudah itu kerana aktiviti menggodam ini adalah di anggap sebagai jenayah di negara kita. Menurut akta yang diluluskan di Parlimen pada Mac 1997: "Serangan terancang terhadap maklumat yang terkandung di dalam komputer, program komputer dan data yang menyebabkan keganasan berlaku terhadap rakyat yang tidak berdaya oleh sekumpulan orang atau agen tertentu." dikategorikan sebagai "Keganasan Siber" dan boleh didenda Tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Memang beranila Gyasec ni. Semoga tak kantoi.
Pada pandangan tauke kewujudan hackers tempatan ini menunjukkan perkembangan IT di negara kita di tahap yang membanggakan. Seperti negara maju yang lain, hackers ini juga secara tidak langsung membantu meningkatkan sistem keselamatan siber negara mereka. Hacker-hackers ini yang juga adalah pakar dalam programming boleh membantu menghasilkan OS atau perisian keluaran Malaysia yang berkualiti dan selamat. Secara tidak lansung mengurangkan kerbergantungan dengan negara luar. Tapi jangan salah faham. Tauke tak pernah menggalakkan aktiviti "hackers" ni. Kalau kantoi tanggung sendiri yer. Orang putih cakap "Hack on your own risk".
Tag : ,

Terkini Malaysia vs Singapore Separuh Masa Pertama

SUKAN BPCP

Malaysia ketinggalan 4-1, Tensionnyer tauke tengok.
Pandangan tauke: Malaysia hilang fokus dan kurangmengasak selepas Safee Saili menjaringkan gol selepas mendapat perluang terhidang di hadapan gol lawan pada minit pertama perlawanan. Singapura mengambil peluang tersebut dengan bantuan kuasa import mereka mengasak kubu Malaysia sehingga Malaysia longlai dibolosi 4 biji. Apa pun kita tunggu separuh masa kedua. Mungkin harimau yang tidur tadi akan mengaum...
Tag : ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -