Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Linux. Papar semua catatan

Tonton Youtube Dengan QuickPlay (Windows)

INFO BPCP


Sebelum ini tauke ada menulis post berkenaan Minitube, player yang memudahkan anda untuk menonton video Youtube kegemaran anda tanpa perlu membuka browser anda. Malangnya Minitube hanya boleh digunakan secara percuma menggunakan Platform Linux seperti Ubuntu. Pengguna Windows atau Mac OS perlu membayar untuk menggunakannya. 

Tetapi kini pengguna Windows boleh menggunakan player yang seakan-akan Minitube iaitu QuickPlay yang juga percuma. Quickplay boleh diintegrasikan dengan Youtube untuk memudahkan anda menonton video Youtube kegemaran anda. Pemain ini juga boleh digunakan untuk memainkan video dari komputer anda dari yang berdefinisi biasa hinggalah berdefinisi tinggi. (tauke try file .flv, tapi macam tak support).

Pun begitu selepas tauke mencubanya, fungsi-fungsi yang terdapat pada player ini tidak dapat menandingi Minitube. Tiada fungsi untuk memainkan Channel Youtube secara automatik seperti di Minitube. Perisian Quickplay ini juga agak berat dari segi responnya sehingga kadang-kala memaksa tauke force-quit jer.

Perisian ini sebenarnya dibangunkan untuk Windows8 tetapi pengguna Windows lain juga boleh menggunakannya kerana keperluan minimunnya ialah Windows XP SP3. Quickplay boleh dimuat turun di SINI.
Tag : , , ,

Koleksi Wallpaper Untuk Ubuntu 12.04

UBUNTU

Antara sebab tauke suka sangat Ubuntu adalah wallpepernya yang sungguh "sleek", "cool" dan Cun.. Tengoklah koleksi wallpaper tu di bawah. (link untuk download di akhir post ini)















Thumbnail yang last sekali tu adalah default wallpaper untuk Ubuntu 12.04 nanti. Kiranya kalau korang install Ubuntu 12.04 wallpaper tu akan keluar mula-mula sekali.

Best kan..? Kalau korang tak suka takpe. Pandangan masing-masing. Kalau korang suka, boleh muat turun wallpaper tu di SINI

Tag : ,

Ubuntu12.04 LTS - Tinggal 30 Hari Lagi..!

UBUNTU


Sedar tak sedar tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum versi terbaru Ubuntu iaitu 12.04 LTS akan dilancarkan. Yang paling best sekali versi kali ini adalah LTS iaitu "Long Term Support" bermakna segala update dan penambahbaikan ubuntu versi 12.04 ini disediakan hingga hampir 2 tahun. Jadi kalau korang dah suka sangat Ubuntu versi ini dan tak nak cuba dah versi baru yang sentiasa sentiasa ada setiap 6 bulan tu, sesuai sangatlah guna versi ini. Klik sini untuk fahamkan lagi apa itu LTS.

Video di bawah ini adalah versi beta terbaru Ubuntu 12.04 LTS ini.
Tag : , ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -