Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Linux. Papar semua catatan

Pertandingan Wallpaper Ubuntu 12.04 - Mungkin Foto Anda Dipilih!

UBUNTU


Pertandingan untuk menentukan Wallpaper untuk Versi Ubuntu yang akan datang iaitu versi 12.04 "Precise Pangolin" telah dibuka. Kepada peminat Ubuntu lebih-lebih lagi kaki fotografi boleh cuba hantar foto cun anda ke public pool on social networking Flickr Mana tahu foto anda yang akan dipilih nanti. Kalau tak jadi Wallpaper utama, dimasukkan dalam koleksi-koleksi wallpaper asas Ubuntu pun boleh dibanggakan. Yang penting foto anda tu memang cun dan layak untuk dijadikan wallpaper Ubuntulah. Biasanya walllpaper di Ubuntu ni memang cantik dan stylo. Lihat koleksi wallpaper yang dipilih untuk versi-versi Ubuntu yang lepas di bawah:
Tag : , ,

Facebook Chat Yang Sungguh Stylo

UBUNTU 
Memang best sekarang ni kalau chat di facebook. Tapi lebih menarik jadinya di Ubuntu. Di ubuntu terdapat software iaitu "Empathy" yang membolehkan anda berhubung terus dengan rakan yang online di facebook anda tanpa perlu membuka sebarang browser. Empathy telah sedia ada sekiranya anda 'install' Ubuntu 11.10. Sekiranya anda menggunakan Unifi seperti tauke, buka sahaja komputer korang terus dihubungkan ke facebook chat secara automatik. 

Interface "Empathy" yang terdapat pada Ubuntu tauke memang menawan di kalbu. Namun ini bukanlah default theme setelah anda install Ubuntu ni. Default themenya adalah seperti gambar di bawah.
Untuk menjadikannya lebih menarik seperti kepunyaan tauke, anda perlu memuat turun Ambience Style untuk Empathy anda. Dengan theme Ambience Style facebook chat anda seakan-akan perisian sistem pesanan ringkas yang terdapat pada telefon pintar seperti iPhone atau android. Terdapat "dialog box" yang menunjukkan gambar orang yang berkomunikasi selain warnanya yang sungguh menarik.

Untuk memasang theme ini pada Empathy anda boleh mengikut langkah berikut:
1) Muat turun theme Ambience Style disini.
2) Extract file .tar.gz yang anda muat turun tadi ke folder berikut:
        .local/share/adium/message-styles/
(sekiranya folder tersembunyi atau tidak kelihatan tekan ctrl+h)
(sekiranya folder adium dan message style tiada, anda boleh buat folder baru dan namakannya)
3) Akhir sekali pilih theme Ambience Style pada preference Empathy anda.

Kawal Komputer di Rumah Dari Kedai Makan

PERISIAN BAJET

Sekiranya anda nak kawal komputer anda yang berada di rumah tapi anda berada di Mac D, kedai mamak, atau di mana sahaja yang ada hubungan internet, anda boleh lakukannya dengan menggunakan perisian TeamViewer. Boleh muat turun disini.

Secara lebih jelasnya menggunakan Team Viewer ini adalah seperti "Remote Desktop"lah. Yang menariknya Team Viewer ini ialah anda boleh menggunakannya tak kira Platform apa. Windows ke windows boleh, windows ke Ubuntu pun boleh, atau sebaliknyalah. Nak menggunakannya juga sangatlah mudah. Perisian ini akan generate ID dan password secara automatik. Jadi untuk Remote Desktop komputer, kita perlu tahu ID dan password komputer yang kita hendak kawal. Masukkan ID tersebut dan Password terus boleh kawal. Nak faham dan tahu lebih lanjut tengok video di bawah atau ke laman rasminya -> Team Viewer.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -