Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Linux. Papar semua catatan

Majalah Full Circle Edisi 52 Dah Keluar

OS BAJET/UBUNTU


Majalah Percuma yang memberikan info berkenaan Ubuntu iaitu Majalah Full Circle telah mengeluarkan edisi terbaru iaitu edisi #52 dan boleh dimuat turun disini.

Menarik Dalam Edisi #52:
* Command and Conquer.
* How-To : Program in Python - Part 26, LibreOffice - Part 7, Ubuntu Development - Part 4, GRAMPS - Part 1, and Ubuntu For Business & Education.
* Linux Lab - ZoneMinder CCTV - Part 1.
* Review - Chrombook.
* I Think - Would you like to see an audio editing series with Audacity?
plus: Ubuntu Games, My Story, and much much more!

Dapatkanya sementara masih panas!
http://fullcirclemagazine.org/issue-52

Ulangtahun Ke 20 Linux Hari Ini

OS BAJET

Hari ini Linux menyambut ulang tahun ke 20 kewujudannya. Diasaskan oleh Linus Torvalds yang mencipta Linux ini bermula dari sekadar hobi atau suka-suka tetapi kini Linux telah memberikan pelbagai impak yang besar dalam dunia perkomputeran terutamanya internet.

Semperna ulang tahun mereka Linux Foundation telah mengeluarkan poster infografik berikut yang menunjukkan sejauh mana Linux telah berkembang. (Bahasa Inggeris, tak faham tanya je tauke kat komen)


Tauke tak ada hand phone Android tapi desktop PC tauke ada Ubuntu, yang juga merupakan OS Linux. Tak sabar rasanya nak cuba Ubuntu 11.04. 49 Hari lagi.
Tag : , ,

Asus NVIDIA GT520 - Grafik Kad Bajet Yang Low Profile Tapi Sempoi

GAJET BAJET


Baru-baru ini tauke ada membaiki sebuah Desktop PC kawan tauke. Yang rosaknya adalah kad grafik. Jadi tauke mencadangkan padanya Asus NVIDIA GT520. Kad grafik kategori low-end@bajet tapi sempoi.

Sejak menggunakan Ubuntu tauke telah serik untuk menggunakan kad grafik yang berteraskan ATI Radeon. Belum ada driver stabil untuk model ATI Radeon dalam platform Ubuntu. Banyak fungsi menarik Ubuntu seperti 3D cube, fire effect, water effect dan lain-lain tidak berfungsi jika anda menggunakan kad grafik ATI. Tapi NVIDIA sebaliknya, tiada masalah.



Kad Grafik Asus NVIDIA GT520 merupakan gabungan antara kualiti grafik dan baik dan profil yang sederhana. Dengan heat-sink tanpa kipas, kad ini adalah sangat senyap dan heat-sinknya meliputi hampir keseluruhan peranti pada kad tersebut mengelakkannya dari kepanasan melampau dan sekaligus mengekalkan prestasinya.  

Port DVI, HDMI dan Dual DVI

Didatangkan dengan memori DDR3 bersaiz 1Gb menjadikannya begitu lancar dan efisyen. Dengan port HDMI yang terdapat padanya ia boleh menokong Full HD 1080p dan port Dual Link DVI sesuai dengan kebanyakkan display terkini dengan resolisi sehingga 2560x1600. Kad ini sesuai untuk Gaming, serta mempercepatkan proses edit video atau gambar.

Kad ini tauke beli dengan harga RM190.
Tag : , , ,

Kecewa Hard Disk Rosak di Windows? - Check Dulu dengan Ubuntu

BPCP TUTORIAL


Pernah tak korang dapat error seperti gambar di atas? Error ini dipaparkan sekiranya hard disk anda mungkin bermasalah dan dipaparkan dalam platform windows. Dapatkah anda terima kehilangan data kesayangan anda yang telah anda kumpul bertahn-tahun? Apakah yang akan anda lakukan? Benarkah hard disk anda benar-benar rosak dan tidak boleh digunakan lagi?

Di BPCP Tutorial kali ini tauke akan tunjukkan alternatif yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kembali data dalam hard disk yang bermasalah tersebut dengan menggunakan Ubuntu 11.04 Live CD. Namun, cara yang akan tauke ajarkan ini mungkin tidak mampu membantu menyelamatkan data anda sekiranya hard disk anda rosak dengan sangat kritikal seperti:

  • Jarum yang rosak (boleh dengar bunyi Tik..tik..)
  • Hard disk tidak berfungsi langsung (cakera tidak berputar, senyap. Kalau sentuh tiada gegaran dirasakan)

Sudah tentu mula-mula sekali korang kenalah buat Ubuntu 11.04 Live CD ini. Senang sahaja. Muat turun file ISO Image dari laman rasmi ubuntu (disini) dan burn image tersebut ke dalam CD atau DVD. Selain itu jika nak lebih mudah boleh juga gunakan USB drive anda untuk run@boot Ubuntu 11.04 ini dari situ. Penjelasan lebih mendalam (disini). Kemudian Boot Ubuntu Live CD korang tu.

Sekiranya berjaya boot, paparan berikut akan kelihatan. Klik pada butang "Try Ubuntu".
Desktop utama Ubuntu 11.04 adkan dipaparkan. Pada masa ini sekiranya hard disk anda bermasalah, "nautification" atau pop up dialog akan memberitahu had disk anda bermasalah. Sekiranya tiada masalah, anda boleh terus browse file anda melalui home folder dan back up file tersebut di had disk lain seperti external hard disk anda. Namun, sekiranya ia memberitahu hard disk anda bermasalah anda masih cuba menyelamatkan file anda dengan cara yang sama. Dalam kebayakkan kes hampir 90%  data dapat tauke selamatkan dengan menggunakan cara ini.

Sekiranya anda ingin melihat status hard disk anda mahupun cuba membaikinya (biasanya bad cluster boleh dibaiki) anda boleh menggunakan perisian "Disk Utility" yang terdapat dalam Ubuntu 11.04. Untuk membuka perisisan ini. Klik pada keyboard anda butang yang ada simbol windows tu. Paparan berikut akan kelihatan.

Pada ruang search taip disk utility. Klik pada icon Disk Uility yang dipaparkan. Kemudian pilih partition yang anda ingin periksa. Sekiranya bermasalah paparan berikut akan ditunjukkan.
Sekiranya hard disk anda seperti di atas anda mungkin boleh menyelamatkannya. Klik pada partition yang anda hendak selamatkan di bawah hard disk yang rosak itu, kemudian klik pada Check Filesystem. Ubuntu akan cuba baiki bad cluster yang boleh.

Sekiranya hard disk anda tiada masalah. Paparan berikut ditunjukkan pada Smart Status, partition anda menunjukkan hard disk anda sihat..

Tauke bukan sengaja nak angkat Ubuntu ni lebih-lebih. Tapi dengan kemampuannya menyelamatkan data kita pada hard disk yang rosak, Ubuntu ni memang The Bestlah!

Dari Bengkel Tauke - Membaiki Komputer Rosak? DIY

DARI BENGKEL TAUKE

Semalam tauke baiki komputer member. dalam post ini tauke tunjukkan bagaimana untuk membaiki komputer DIY. Tak perlu hantar kedai kalau dah boleh repair sendiri. Korang rasa kenapa komputer ni kat display dia keluar macam dalam gambar di atas? Hipotesis awal tauke, selalunya masalah ini berlaku sama ada berpunca dari Graphic Card atau mainboard yang bermasalah. Tapi menurut kawan tauke, dia kata hard disk dia rosak. Sebab masuk windows boleh tapi akan "Freeze@Hang". Ok, takpe jom tengok macam mana tauke check komputer ni.

Disebabkan tauke merasakan kerosakan ini berpunca dari video accelaratonya ataupun graphic cardnya jadi tauke buka casing dan tauke tanggal grapic card komputer ini. Kemudian tauke sambung cabel monitor pada VGA asal yang terdapat pada mainboard komputer ini.
Disebabkan, kemungkinan komputer ini telah diset untuk display utamanya adalah graphic card tadi jadi tauke mengambil langkah selamat dengan reset jumper mainboard supaya display yang akan didetect nanti adalah VGA asal mainboard. "ON" balik komputer  dan hasilnya seperti berikut.

Masalah selesai!!.. Jadi betullah disebabkan oleh graphic card tadi. Tak sampai 15 minit tauke repair komputer ni. Senang tak. Ni gambar graphic card yang bermasalah tadi untuk tatapan korang.
nVIDIA GF8500GT
Namun VGA asal komputer ini adalah standard Intel Graphic biasa. Jadi tak boleh la kawan tauke nak main game ynag tinggi grafiknya. Jadi tauke sarankan padanya untuk beli yang baru jika nak main game-game macam tu. Tapi kalau takat nak main Angry Bird sepatunya tiada masalah.
Disebabkan kawan tauke tu cakap hard disk dia dikhuatiri rosak, tauke check juga hard disk dia. Macam mana tauke check? Nanti tauke tunjuk dalam post lepas ini Bagaimana untuk check Hard Disk anda dengan Ubuntu 11.04. 

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -