Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Kata Tauke Bengkel. Papar semua catatan

Sejak 2009, Post Baru Cecah 101 @ Follower Baru 45

KATA TAUKE BENGKEL


Hari ini dalam sejarah, sedar tak sedar post tauke dah mencecah angka 101. Walaupun dah catat sejarah diri tauke tetapi agak menyedihkan kerana tauke telah mula berblogging ni sejak Julai 2009 lagi. Kira-kira 2 tahun lebih. Kalau orang lain dah beratus-ratus postnya. Dah tu pulak follower baru jer ada 45 orang. 

Tapi tauke sedar data di atas sebenarnya berpunca dari diri ini juga yang malas nak sentiasa update. Blogging ini memberikat pelbagai manfaat dan kebaikan kepada diri tauke terutamanya dalam meningkatkan kemahiran tauke dalam bidang pengkomputeran ini. Oleh itu tauke akan teruskan usaha dan atas dasar minat tauke untuk berkongsi maklumat-maklumat berharga yang ada dalam kepala dan update dunia perkomputeran hari ini dengan tema utama iaitu "Bajet". Tauke sangat berterima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog tauke. Kalau blog tauke best beritahulah kawan, kalau tak best beritahulah tauke. Tauke tambah apa patut bagi cukup rasa...

Tauke @ Buka Puasa di Quality Hotel

KATA TAUKE BENGKEL


Memandangkan semalam kekenyangan sebab melantak berlebihan sewaktu berbuka puasa, jadi hari ini Budget PCpart tiada update sangat melainkan post ini sahaja. Semalam tauke berpeluang untuk berbuka puasa di Quality Hotel Shah Alam, makan cukup-cukup. Bukannya rajin sangat berbuka di hotel, sebab tahu dah bulan puasa ni nafsu je nak makan banyak-banyak dan best-best, tapi sebab dapat vaucher, rezeki tuhan dah bagi mesti la pergi.

Malas nak taip banyak, ni snapshot berbuka@QualityHotel, Shah Alam tu.  

Kambing Panggang antara santapan di situ
Ni antara gerai bufet kat situ

Urppp.. kenyang. Syukur, Alhamdulillah.

Nuffnang Memang Tarak Tipu Nyai..

KATA TAUKE

Setelah sekian lama tauke menyepi, kini tauke kembali dan ingin berkongsi info berharga kepada semua pengunjung BPCP. Antara sebab tauke berehat sebentar dari terus menulis dalam blog ini adalah kerana kurang yakin 'blog ads' yang baru tauke daftar awal bulan lepas memberikan hasil. Tetapi alhamdulillah, tadi tauke check rupa-rupanya setelah sebulan baru boleh nampak hasilnya. walaupun 'Earnings' tu tak seberapa, yang penting nampak keberkesanan letak Nuffnang ni.


Untuk makluman semua, walaupun dunia 'blogging' ini telah lama tauke ceburi, tetapi penggunaan 'blog ads' adalah masih baru bagi tauke. Dulu pernah cuba apply Adsense tetapi google tak approve kerana bahasa blog tauke iaitu Bahasa Melayu tidak difahami mereka. Maksudnya bahasa melayu adsense tak approve. Kalau korang nak diapprove tauke sarankan agar buat blog itu dalam Bahasa Inggeris. 

Walaupun tiada sebarang 'blog ads', tauke tetap terus menulis di blog ini kerana minat tauke yang begitu mendalam dalam dunia perkomputeran ni. Namun setelah sekian lama menulis di BPCP ini, tetiba bulan lepas tauke rasa nak cuba balik blog ads ini kerana yakin BPCP kian mendapat sambutan. Tauke pilih Nuffnang. Tauke tengok banner Nuffnang ini pun sangat kemas dan sesuai dengan blog tauke. Dengan Nuffnang ni korang kena tunggu sebulan untuk lihat hasilnya. Kena banyak bersabar dan terus mengemaskini blog anda.

Jadi lepas ini, tauke akan teruskan perjuangan untuk berkongsi segala maklumat dan pengetahuan berharga untuk semua pengunjung BPCP hasil dari dorongan yang ada dari Nuffnang ini. Kalau korang ada idea macam mana tauke nak tingkatkan lagi pendapatan Nuffnang ini sangat dialu-alukan untuk meninggalkan idea tersebut di ruang komen.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -