Paling Popular

Memaparkan catatan dengan label Info BPCP. Papar semua catatan

Ubuntu 13.10 Beta - Sedia Untuk Dimuat Turun

UBUNTU


Untuk pengetahuan semua Ubuntu 13.10 atau nama kodnya Saucy Salamander kini sedia untuk di muat turun. Seperti biasa anda boleh muat turun di lama rasmi Ubuntu disini. Perlu diingatkan ini adalah versi beta dimana OS ini masih dalam proses percubaan dan belum rasmi. Biasanya versi rasmi lebih stabil dan telah ditambah baik selepas maklum balas pengguna. Tapi kalau bukan kita yang "test" dan beri maklum balas tu macam mana nak buat penambahbaikan tu kan? Jadi cubalah.

Tauke masih belum mencubanya tetapi masih lagi dalam proses muat turun versi ini. Tapi tauke harap kelajuannya haruslah lebih baik dari versi 13.04 dan sokongan untuk peranti grafik ATI/AMD.

Tauke akan "review" ciri-ciri terbaru Ubuntu 13.10 beta ini dalam post yang akan datang. 

Video di bawah adalah review dari salah seorang uploader di Youtube.

IPad - Sila Gunakan Tanpa Kaca Mata Hitam..

INFO BPCP[Video]


Kepada peminat Ipad, ini info terbaru tauke baca. Sekiranya anda menggunakan kaca mata hitam anda mungkin bermasalah untuk melihat paparan skrin Ipad anda dalam kedudukan "potrait"(menegak). Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.



Masalah ini berlaku disebabkan susunan lapisan skrin LED Ipad tersebut yang terdiri daripada beberapa lapis filem "polarized". Sekiranya Spek Hitam anda original, ia akan menapis cahaya-cahaya tertentu dari masuk seperti silauan cahaya matahari. Konsep yang sama pada "tinted" cermin kereta anada. Dalam fizik sekolah menengah dulu ada belajar pasal ni, dalam bab pantulan cahaya kalau tak silap tauke. Jika susun 2 lapisan filem "polarized" mengikut darjah-darjah tertentu kita boleh menghalang cahaya daripada masuk. Tauke pun ingat-ingat lupa benda ni, kalau korang tak faham tengok sendiri buku teks fizik SPM.
Tag : ,

Tonton Youtube Dengan QuickPlay (Windows)

INFO BPCP


Sebelum ini tauke ada menulis post berkenaan Minitube, player yang memudahkan anda untuk menonton video Youtube kegemaran anda tanpa perlu membuka browser anda. Malangnya Minitube hanya boleh digunakan secara percuma menggunakan Platform Linux seperti Ubuntu. Pengguna Windows atau Mac OS perlu membayar untuk menggunakannya. 

Tetapi kini pengguna Windows boleh menggunakan player yang seakan-akan Minitube iaitu QuickPlay yang juga percuma. Quickplay boleh diintegrasikan dengan Youtube untuk memudahkan anda menonton video Youtube kegemaran anda. Pemain ini juga boleh digunakan untuk memainkan video dari komputer anda dari yang berdefinisi biasa hinggalah berdefinisi tinggi. (tauke try file .flv, tapi macam tak support).

Pun begitu selepas tauke mencubanya, fungsi-fungsi yang terdapat pada player ini tidak dapat menandingi Minitube. Tiada fungsi untuk memainkan Channel Youtube secara automatik seperti di Minitube. Perisian Quickplay ini juga agak berat dari segi responnya sehingga kadang-kala memaksa tauke force-quit jer.

Perisian ini sebenarnya dibangunkan untuk Windows8 tetapi pengguna Windows lain juga boleh menggunakannya kerana keperluan minimunnya ialah Windows XP SP3. Quickplay boleh dimuat turun di SINI.
Tag : , , ,

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -