Memaparkan catatan dengan label Info BPCP. Papar semua catatan
Bagaimana Linux Dibina?
INFO BPCP[Video]
Saksikan bagaimana Linux dihasilkan melalui video yang ringkas tapi padat di bawah. Untuk pengetahuan semua hampir kesemua peranti elektronik mahupun internet sebenarnya menggunakan Linux.
Belajar Fizik Seminit Sehari
INFO BPCP
Tauke terjumpa satu YouTube channel ni yang sesuai untuk mereka yang nak belajar fizik secara interaktif dan pantas. Setiap topik diajar bukanlah betul-betul dalam masa satu minit tetapi kebanyakkannyalah. Paling lama pun 2-3 minit.
Laman ni sesuai khususnya untuk mereka yang amik course Fizik atau Kejuruteraan di universiti sebab kebanyakan teori fizik yang diajar adalah teori fizik modern. Banyak cerita teori yang Einstein buat. Sekolah menengah boleh la cuba faham sikit-sikit. Mana tau kalau korang tengok video ni seminit sehari korang boleh expert Fizik dan bakal jadi penerima anugerah nobel nanti..Klink link ini untuk ke channel tersebut: http://www.youtube.com/user/minutephysics
Tag :
Info BPCP,
Adobe CS5 -Memang Memudahkan..!
INFO BPCP
Walaupun dah lama kecoh diperkatakan ramai dan dah ramai pun guna Adobe CS5 ni namun tauke baru je minggu lepas install software ni. Sebelum ni tak rasa nak beralih angin..tauke dah biasa guna CS3. Lepas tonton banyak tutorial dan fungsi-fungsi menarik di youtube tauke pun cubalah guna CS5 ni. Dan.. lepas guna terus "Cinta Pandang Pertama".. Memang hebat. Tengok gambar di bawah nampak tak perbezaan dua-dua gambar tu? Sebelum dan selepas diphotoshopkan..
Tukang potong rumput tu dah dihilangkan dengan menggunakan fungsi "Content Aware Fill" yang terdapat pada Photoshop CS5 ini. Kalau dulu nak edit buang apa-apa dalam gambar tu agak leceh sikit.. banyak step. Tapi dengan menggunakan CS5 ni, nak semudah satu, dua, tiga. Hanya dengan menggunakan "Spot Healing Brush" dan pastikan fungsi Content-Aware tu aktif. Tak faham boleh tengok video bawah ni.
Memang mudah.. Lepas ni memang rajinlah tauke berphotoshop..
Tag :
Info BPCP,