Paling Popular

Ogos 28, 2011

KATA TAUKE BENGKEL


Pada tahun ini tauke akan meraikan hari raya aidilfitri di bumi Johor. Tauke yang merupakan orang Perak, merantau ke Selangor dan berkahwin dengan pilihan hati dari Johor Agak sedih kerana buat pertama kalinya hari lebaran nanti tidak diraikan di Perak. Tetapi adalah menjadi lumrah apabila hidup berpasangan untuk saling memahami antara satu sama lain. Tauke dan isteri tauke meggunakan konsep yanga sama seperti orang yang kahwin jauh yang lain iaitu "mengikut giliran". Kalau tahun lepas dah di Perak tahun ni di Johor la pulak kan.

Jadi dikesempatan ini tauke ingin memohon maaf sekiranya ada membuat sebarang kesilapan kepada semua pengunjung Budget-PCpart. Semoga anda terus menjadikan Budget PCpart sebagai Pit Stop Komputer Anda. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

p/s - Kad raya tu tauke carik je kat Google image, pinjam yer pada yang design tu.. Tak sempat nak design  sendiri sebab kat johor ni tauke blogging guna laptop yang tak ada photoshop.

Navigasi Pantas

- Copyright © Budget PCpart - Powered by BPCP Computer - Managed by Tauke Bengkel -